CLICK HERE FOR FREE ADVERTISEMENT AND GANDA WANG »

Saturday, April 18, 2009

Batu Kecil

Seorang pekerja pada projek bangunan memanjat ke atas tembok yang sangat tinggi. Pada suatu saat ia harus menyampaikan pesan penting kepadakawan kerjanya yang ada di bawahnya.

Pekerja itu berteriak-teriak,tetapi temannya tidak mendengarnya kerana suara bising dari mesin-mesin dan orang-orang yang bekerja, sehingga usahanya sia-sia saja.

Oleh kerana itu untuk menarik perhatian orang yang ada di bawahnya, ia mencuba melemparkan duit syiling di depan kawannya. kawannya berhenti bekerja, mengambil duit syiling itu lalu bekerja kembali.

Pekerja itu mencuba lagi, tetapi usahanya yang kedua pun memperoleh hasil yang sama.

Tiba-tiba ia mendapat idea. Ia mengambil batu kecil lalu melemparkannya ke arah orang itu. Batu itu tepat mengenai kepala temannya, dan karena merasa sakit, kawannya mendongak ke atas?

Sekarang pekerja itu dapat menjatuhkan catatan yang berisi pesanannya.

Cerita di atas hanya contoh perumpamaan untuk kita yang selalu lupa...

Tuhan kadang-kadang menggunakan cubaan-cubaan ringan untuk membuat kita menengadah kepadaNya. Seringkali Tuhan melimpahi kita dengan rahmat, tetapi itu tidak cukup untuk membuat kita menengadah kepadaNya.

Mungkin, agar kita selalu mengingat kepadaNya, Tuhan sering menjatuhkan "batu kecil" kepada kita.

isuhangat.blogspot

Wednesday, April 15, 2009

Dah boleh start post artikel anda

Assalamualaikum kawan²..
 
Okay seperti dijanji, anda sekarang dah boleh hantar artikel / gambar / apa sahaja yang anda mahu asalkan sesuai okay. Baca arahan disebelah kanan anda macamana nak post artikel korang kat sini okay!
 
P/S: Saya post ni guna email for testing, and it works! :)
 
All the best!